Mana Satu Peringkat Nafsumu?


Bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tidak bagus,  penciptaan nafsu oleh Allah S.W.T. itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. 

 NAFSU itu ada 7 peringkat iaitu :

Ammarah

Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa apabila diuji. Mereka tidak sedih dan tidak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan. 

Lawwamah

Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya' apabila melakukan sesuatu kebaikan.

Mulhimah

 Nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai apabila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar..bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja.Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu..

Mutmainnah

Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah S.W.T. dan layak memasuki Syurga-Nya.Salah satu peringkat nafsu yang layak ke Syurga.


Radhiah

Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja.

Mardhiyah

Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah S.W.T. dan yang paling seronok, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha.. seronok kan?" 

Kamilah

Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para Rasul, para Nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya.Subhanallah..


 

You Might Also Like

0 Komen