”Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah:5-6)”
Kehidupan tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan. Namun, sesungguhnya disebalik kesusahan yang menerpa pasti ada hikmah di sebaliknya. Nampak bahagia, kelihatan tenang dan tak pernah rasa 'down' adalah satu rasa yang perlu kita syukuri kerana bukan semua mampu seperti itu. Dengan segala yang menimpa, kita masih mampu tersenyum dan menghadapi semuanya dengan rasa tenang. Itu juga salah satu anugerah daripada Allah swt kepada kita. Setiap kesusahan dan ujian yang Allah swt berikan kepada kita bukanlah bermaksud untuk menyusahkan kita , tetapi sebaliknya tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya. Ketika kita ditimpa musibah, beerti Allah ingin kita lebih dekat kepadaNya, dan ketika masalah menimpa diri, Allah ingin mengajar kita menjadi seseorang yang lebih dewasa dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan.
Kebahagiaan adalah impian setiap orang. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mencapainya. Ada yang bahagia kerana harta kekayaan, ada juga yang bahagia kerana kecantikan, bahagia kerana mempunyai ramai teman, dan sebagainya. Tentunya, setiap individu itu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengecapi kebahagiaan.
Namun, sejujurnya bahagia yang ditemani dengan ketenangan itulah adalah bahagia yang sebenar. Bahagia yang membahagiakan. Tapi, perlu diingat bahawa bahagia itu cuma akan hadir apabila Allah swt mengurniakan rasa itu, rasa yang memberikan kebahagiaan yang menenangkan setiap kali melakukan sesuatu perkara yang mendapat redha dan berkat-Nya. Itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan dan sentiasa ada dalam hatimu.
p/s : Setiap ujian yang mendatang, hadapi ia dengan senyuman. Tenang dan yakin bahawa Allah sentiasa bersamamu... ^__^
Salam sejahtera. Salam perkenalan. Tentunya ramai yang gembira bila tibanya hujung minggu kan. Dah seminggu bergelumang dengan kesibukan di tempat kerja mahupun di sekolah pastinya hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk beristirehat dan bersantai-santai dengan keluarga..
Bagaimana mood anda ketika ini? Sedih, tertekan, kecewa, bengang?? Jangan risau.
Anda mampu mengubahnya. Nak tahu macam mana?....
.
Jom makan...hihi...
5 Jenis Pilihan Makanan Untuk Kembalikan Mood Happy..
Kita tengok siapa yang kena.
Pertama
Coklat
please bite me!!...I am so yummy..opss..:D
Kedua.
Aiskrim
Aiskrim
sweet tak saya, macam orang yang makan ni?...hihi..
Ketiga. Kek
eh...eh...nak rasa sikit, boleh tak?...:p
Keempat. Marshmallow
apesal comel sangat..kan dah kena makan..sorry ^__~
Kelima. Cupcakes
tak sampai hati nak makan tapi nak juga..hihi..^_^
Macam mana, mujarab tak? Kelima-lima jenis makanan yang saya senaraikan tu adalah antara makanan pilihan yang biasa diambil ketika berada dalam mood sedih, tertekan, kecewa dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi makanan yang boleh diambil. Tapi semua tu bergantung dengan individu itu sendiri. Mungkin ada juga yang tak suka, dan ada juga yang suka. Tak tahu lagi sama ada dah terbukti ataupun tidak makanan-makanan tersebut mampu mendatangkan mood happy, cuma pandangan saya sahaja berdasarkan apa yang saya perhatikan dan pengalaman saya selama ni. Mungkin di masa hadapan, akan ada kajian yang lebih mendalam tentang kaitan makanan dengan mood seseorang.
Tapi apa-apapun, mengambil makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak digalakkan kerana kandungan gula dan lemak yang tinggi. Kalau untuk makan sekali-sekala tu, bolehlah tapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
Nak makan boleh. tapi kena berwaspada. Jangan terlebih atau terkurang. Kena sederhana dan seimbang. Semua pun dah tahu kan macam mana nak makan secara seimbang. Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk tubuh badan dan kesihatan anda.
Jadi, itu sahaja untuk hari ini. Maaf sekiranya ada tersilap atau merepek kat mana-mana. Sekadar perkongsian dari hati. Mudah-mudahan bermanfaat. Arigato....◕‿◕
Salam sejahtera. Salam perkenalan.
Harap
semuanya berada dalam keadaan baik☻Kalau berminat nak join..Klik je banner ok..^_^
Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan. Jom tengok dan follow SINI.
♥ FOLLOWERS : 235 ♥
Oklah, selamat bersegmen dan terima kasih.... ツ
Salam perkenalan buat semua..^_^
Jom ramai-ramai kita join segmen ni..
Kalau nak join dan tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan,
klik banner yang comel tu atau SINI
Tarikh tutup segmen : 19 September , jam 11 malam.
Oklah, selamat bersegmen..:)
Tarikh tutup segmen : 19 September , jam 11 malam.
Oklah, selamat bersegmen..:)
Being a student is not as easy as count 1, 2, 3...-.-'
- September 15, 2012
- By Unknown
- 2 Comments
Salam to all readers~ Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan ruang dan waktu untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Malam yang indah dengan hembusan angin yang bertiup lembut. Subhanallah, sangat menenangkan..^_^ . Lama tak update entri. So, bagaimana kehidupan anda yang bergelar seorang pelajar. Ok atau tak ok?..hehe.. Setelah sekian lama bercuti akhirnya minggu ini bermulanya semester baru. Pasti ramai yang teruja nak balik study semula kan, dan tak kurang juga yang mengeluh dalam hati 'kenapa cepat sangat cuti ni habis', betul kan sebab saya juga buat perkara yang sama..hehe..tapi bertenanglah, baru minggu pertama ni, kenalah semangat sikit. Apa-apapun perjuangan sebagai seorang pelajar haruslah diteruskan!!..
Kehidupan sebagai seorang pelajar ni sebenarnya taklah semudah yang disangka. Mungkin nampak senang tapi banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Assignment, kuiz, exam semua tu takkan lari selagi seseorang itu masih bergelar pelajar. Jadi, sebagai pelajar kenalah terima semuanya dengan hati dan fikiran yang tenang walaupun kadang-kadang agak payah...-.-'. Nak berjaya bukannya mudah, banyak yang perlu dikorbankan, masa, wang dan tenaga dan pastinya pengorbanan ni juga perlu disusuli dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah. Insya Allah, dengan adanya semua ni, kejayaan itu pasti mudah untuk dicapai. Segala penat lelah masa belajar nanti akan terbayar juga bila dah berjaya nanti dan akan terasa lebih indah lagi bila dah menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti. Tak perlulah nak merungut sangat masa study ni sebab sekali dalam seumur hidup ja kita akan rasa kehidupan sebagai seorang pelajar. Lepas dah habis nanti dan dah kerja, sure kita akan rindu saat-saat masa study. Lambat mahupun cepat, masa akan tetap bergerak juga dan bila dah tiba masanya kita pasti akan meninggalkan kehidupan sebagai seorang pelajar dan akan beralih ke peringkat yang seterusnya lagi. So, just enjoy the flow and the moments as a student.
Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang kita tak jangkakan akan terjadi. Saya pelajar sains makanan dan pemakanan. Kawan-kawan dan keluarga saya selalu sangka yang kos saya ni adalah berkaitan dengan bidang masakan dan ada juga yang cakap saya akan jadi chef nanti tapi sebenarnya ia bukanlah semata-mata tentang masakan. It's all about science! Ya, semuanya sains. Fizik, kimia dan biologi bergabung dalam satu masa. Fuhh....kadang-kadang terfikir 'macam manalah aku boleh terjebak dengan semua ni'..hehe..tapi apa-apapun saya tak menyesal pilih kos ni dan saya tahu ini yang terbaik untuk saya. Insya Allah. Lagipun banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan saya ingat pensyarah saya ada bagitau yang "as a food science and nutrition student, we will cook scientifically"..rasa macam canggih ja ayatnya tu..hehe..tapi apa-apapun setiap kos ada kelebihannya tersediri. We just need to enjoy and love it! Barulah takkan ada istilah 'study itu membebankan". Bila dah enjoy study, pasti hidup pun akan lebih bahagia!
Jadi, macam mana? Ada rasa lebih semangat ka nak teruskan study dan jadi seorang pelajar yang bahagia. Kalau dah ada semangat, tahniah saya ucapkan sebab anda memang seorang pelajar yang awesome!!..hihi..Tak perlu nak tension-tensionlah time study ni, kalau tension pun perkara normal lah tu bagi seorang pelajar. Memang jadi pelajar ni tak semudah mengira 1, 2, 3 tapi akan jadi lebih mudah bila kita terima hakikat yang kita ni seorang pelajar dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar seperti biasa.
Baiklah, sampai sini ja untuk hari ini. Memandangkan hujung minggu ni jadi rajin sikitlah nak tulis entri. Harap ada masa nanti, dapat lagi update entri lain. So, saya harap anda gembira dan terhibur baca entri ini. Semoga bermanfaat. Maaf kalau ada tersilap kat mana-mana. Sekadar perkongsian dari hati. Terima kasih kerana sudi baca dan jangan lupa datang semula ok...Sayang anda semua..
Good luck para pelajar semua!!
Salam perkenalan ~
Jom join. Klik banner atau SINI kalau nak join, ok..^_^
Jumlah follower : 228
Oklah, selamat bersegmen...Terima kasih..:)
Salam perkenalan. Jom join segmen ni..:)
Kalau berminat nak join, klik je banner atau SINI~
Oklah. Selamat bersegmen ya..^__^
Tangisan bukan bererti lemah, bukan juga bermaksud menyerah dan berputus asa. Tetapi hanyalah sebagai petanda betapa kuatnya seseorang itu menjalani setiap musibah yang mendatang dalam hidup.
Setiap tangisan membawa pelbagai maksud dalam kehidupan. Tangisan sering saja dikaitkan dengan kesedihan, kekecewaan, dan segala bentuk penderitaan namun ternyata tangisan itu juga membawa maksud kekuatan dan juga ketabahan.
Tidak salahnya jika seseorang itu ingin menangis kerana bukan semua perkara mampu kita nyatakan dengan kata-kata. Setiap apa sahaja yang Allah swt ciptakan di muka bumi ini pasti ada hikmahnya, dan sudah tentulah air mata yang Allah swt ciptakan itu punya hikmahnya yang tersendiri.
Ketika seseorang itu menangis bukanlah kerana dia ingin mengharapkan belas kasihan, bukan juga untuk dia terlihat lemah melainkan untuk dia mencari semula kekuatan agar lebih tabah mengharungi kehidupan.
"Setiap ciptaan itu indah begitu juga dengan air mata".
"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka"
Segmen:JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN!
- August 29, 2012
- By Unknown
- 12 Comments
Salam sejahtera. Salam perkenalan. Entri pertama untuk bulan Ogos ni setelah sebulan menghilang. Harap semuanya berada dalam keadaan baik. Belum ada idea lagi nak tulis entri pasal apa jadi saya ikutlah segmen ni. Kalau berminat, joinlah..ok..^_^
Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan. Jom tengok kat SINI~
FOLLOWERS : 211
Tamat pada 15 September 2012.
Salam perkenalan semua..:)
Mari sama-sama memeriahkan segmen.
Harap dapat tambahkan kenalan dan sokong segmen ni, ok..
Kalau nak join dan tahu lebih lanjut...Klik banner atau SINI
Tarikh Tutup: 10.08.2012
Oklah,Terima kasih..^_^
Kadang dalam hidup ini, terpaksa juga kita lalui walaupun sendiri. Sendiri bukan bermakna kita tidak punya sesiapa namun sendiri itu menjadi ruang untuk kita muhasabah diri. Memperbaiki mana yang kurang dan merasai sendiri redup kasihNya.
Mungkin pada padangan mata, sendirian itu nampak menyedihkan namun hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya. Bersediri memberi kita lebih ruang untuk merasai dan menganggumi nikmat kebesaran Allah SWT Yang Maha Kaya.
Sendiri mengajar kita untuk memperbaiki diri tanpa halangan dan gangguan daripada sesiapapun. Sendiri juga menjadi penguat hubungan kita dengan sang Pencipta.
Dengan bersendiri, kita mampu mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT serta memperbaiki ibadah kita kepadaNya. Sendiri juga mengajar kita untuk menilai antara kaca dan permata. Sendiri juga membantu kita untuk menghapuskan dosa-dosa lalu. Kerana apa gunanya kita berteman, andai diri diulit dengan kesedihan?
Sesungguhnya, sendiri itu indah. Indah bagi mereka yang benar-benar memahami dan merasainya. Sendiri itu dicipta bukan untuk menghukum, tapi sebaliknya untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jika bersendiri, pujuklah hati dengan berkata.. 'Cukuplah Allah bagiku'...
Allah SWT berfirman:"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Janganlah bersedih bila sendiri. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Wallahualam.
Dalam suka ada dukanya. Setiap perkara dalam dunia ni ada lawannya. Tentu sekali dalam tangis ada juga tawanya dan sebagainya. Begitulah kehidupan, ada keindahannya yang tersendiri. Dunia yang kita singgah untuk sementara ini, mungkin ada kenangan yang boleh kita simpan. Mungkin bukan selamannya ia tersimpan. Tapi cukuplah sekadar menjadi memori sepanjang persinggahan ini.
Oklah, saja mulakan entri dengan ayat berbunga-bunga. Apa yang tersimpan, tulah yang diluahkan. Nanti tak terluah, membeku pula kat otak ni..hehe. Sebenarnya, untuk entri kali ni cuma nak kongsi saat-saat terindah dalam hidup, dah nama pun tajuk 'moments make memories' mestilah yang best-best ja. Kalau yang tak best tu ada juga tapi entri akan datang..hehe..Banyak gambar yang nak dikongsikan, hope korang tak bosan la tengok ya.
'di setiap gambar ada cerita'...cerita apa?
'di setiap gambar ada cerita'...cerita apa?
Ok, mula-mula sekali gambar ni. Gambar kek ni diambil sempena hari jadi kawan masa asasi dulu dan sempena majlis perpisahan lecturer asasi. Dia sambung study balik jadi kami satu kelas buat jamuan ni untuk dia. Kenapa saya suka gambar ni, sebab ni salah satu kenangan masa saya asasi dulu. Memang best masa tu. Banyak kenangan dengan kawan-kawan. Masa tu juga saya belajar hidup kat hostel. Dapat roomate yang macam-macam perangai , tapi dorang semua memang baik. Saya rindu masa asasi dulu..:( Tapi apa-apapun, walaupun dah lebih 1 tahun lebih berlalu sejak tamat asasi, kenangan dengan dorang semua adalah paling menggembirakan...
Yang ni pula masa hari jadi abah yang ke-45 tahun. Abah tak minta pun untuk sambut hari jadi dia tapi saja nak bagi surprise kat abah dan sudah tentulah nak buat abah gembira dan rasa dihargai oleh anak-anak dia..tak gitu...so, apa-apapun, walau usia makin bertambah, abah tetap maintain muda. Didoakan semoga abah panjang umur, murah rezeki dan sejahtera hidup di dunia dan akhirat..amin..
Gambar yang terakhir pula diambil masa hari bapa. Maaflah, gambar tak jelas sangat dan dah di edit...
Oklah, tu sahaja yang saya nak kongsikan. Semuanya gambar kek kan...hehe..tak pe lah yang penting gembira. So, harap korang gembira selalu . Siapa yang nak kongsikan detik-detik indah tu boleh je kongsi kat sini, nanti saya baca..ok..
Salam perkenalan semua ~
Hari ini saya join segmen ni memandangkan dah di tag dan sekaligus nak sokong segmen ni..
Terima kasih Cik Sue kerana sudi tag saya..:)
Dalam segmen ni kena jawab beberapa soalan. Insya Allah, saya cuba jawab lah..^_^
1. Mengapa saya buat blog ?Tak banyak sebab. Cuma tempat untuk berkongsi pengetahuan. Kata orang sharing is caring kan. Jadi, saya buat blog ni dengan harapan apa sahaja yang dikongsikan di ruangan ini ada manfaatnya walaupun sedikit. Tapi mula-mula dulu, terfikir nak jadikan blog ni tempat meluahkan segala masalah tapi rasanya medium ni tak sesuai kot . Ada cara lagi berkesan untuk luahkan segala masalah. Allah kan ada, tak semua perkara boleh kita ceritakan dalam blog ni...kan..just my opinion..^__^
2.Tema blog saya?Tak de tema yang khusus. Actually, warna kesukaan saya warna ungu tapi tiba-tiba pula tema warna jingga. Yang ni tak di rancang. Just design blog ni ikut kesesuaian dan mood. Apa-apapun saya suka semua benda yang comel-comel, dan sentiasa cuba untuk jadikan blog saya ni comel...^__^
3. Siapa inpirasi saya?Kalau dalam dunia blog ni, banyak blogger yang jadi inpirasi saya. Tapi ada seorang blogger yang jadi inspirasi saya. Memang suka tengok blog dia. Memang cantik dan menenangkan. Selain itu, banyak info-info islamik. Nak tahu tak siapa??..!✿♥Naaila Qaireen✿♥!^_^
4.Mengapa URL blog saya http://cahayakukasih.blogspot.comKenapa? Saya sendiri tak pasti, tapi nama tu mengingatkan saya pada seseorang, pada masa lalu. Serius tau, bukan rekaan semata-mata..hehe..apa-apapun, saya suka url tu sebab tu saya guna...^__^
5.Saat manis sepanjang berblogging?Bila dapat siapkan entri yang baik. Dapat komen yang baik dari blogger lain. Dan penting bila tengok jumlah follower makin bertambah, rasa diri dihargai..hehe ^__^
6.Saat menyedihkan sepanjang berblogging?Bila tak de idea nak tulis apa padahal semangat dah berkobar-kobar nak tekan button publish post...paling sedih..gurau je..hehe...act, tak de kot saat menyedihkan^__^
7.Anugerah blog yang saya telah menang?Pendek je jawapan saya.....Tak pernah menang lagi..sekian^__^
Saya tag semua yang berkunjung dan baca entri ni, ok..:). Kalau nak join, klik banner. Tarikh tutup segmen ni 17 Julai 2012 (Jam 4.00 petang), sempat lagi tu...
Oklah, done for today. Thank you..^_^v
Salam perkenalan semua ~
Hari ni saya join segmen ni : Segmen Bloglist 31 Days + RSS Feed by Panda Boy@Girl
Harap boleh tambahkan kenalan lagi..:)
So, nak join tak..nak tahu lebih lanjut klik SINI!, ok..
Oklah, tu saja untuk kali ni..sekian.
Jom meriahkan segmen ni..:)
Nak join? Klik banner atau Segmen: Saya Blogger Dari..
Tarikh tutup : 15 Ogos 2012 (11.59 p.m)
Saya blogger dari Kota Kinabalu, Sabah..selamat berkenalan..^__^
Oklah, Terima kasih..:)
Selamat datang. Sihat tak hari ni. Didoakan semoga sihat-sihat selalulah, ok..(✿◠‿◠)..
Pernah dengar tak pasal "Latte Art" atau lebih mudah nak faham corak atau seni yang dibuat pada permukaan minuman panas, biasanya kopi contohnya latte, cappucino, atau moccha . Ok, mengikut sejarah seni ni dah lama diperkenalkan dan tujuan seni ini ialah untuk mengekspresikan kecintaan mereka terhadap kopi. Sampai macam tu sekali kan, tetapi apa-apapun seni ni memang menarik dan kreatif....:)
Jom tengok.....
yang ni bentuk 'heart'....(╯▽╰)
ni pun ada bentuk hati juga..nampak tak..:)
yang ni pula bentuk bunga..cantik kan..^__^
ok, yang ni siapa tahu bentuk apa...teka sendiri la ya...:)
hello kitty pun ada juga..kalau comel macam ni, tak sampai hati lah nak minum...hehe..
yang terakhir..bentuk daun..
Macam mana..Ada berani ke nak buat?..hehe..banyak lagi bentuk-bentuk yang menarik sebenarnya. Tapi, untuk kali ni, saya kongsikan beberapa gambar, semuanya cari kat google ja..
p/s: Insya Allah, saya nak juga belajar buat latte art suatu hari nanti...apa-apapun, kopi memang sedap..kan.. (◡‿◡✿)...Oklah, terima kasih. Enjoy your coffee.......
Salam perkenalan semua. Harap dalam keadaan yang baik , ok..:)
Sekali lagi, join segmen.
Rajin pula malam ni, tapi tak apa, yang penting gembira..
Ok, nak join tak? Klik banner atau SINI!
Tarikh tutup : 13 Julai 2012 (sempat lagi kot..^.^)
Oklah, terima kasih.