2 Cinta Yang Tidak Mungkin Bersama (╯_╰)




Bismillahirrahmanirrahim. 


Salam kepada semua pembaca~


Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
Allhamdulillah, bersyukur ke atas Allah kerana sehingga saat ini kita masih diberikan
nyawa untuk terus bernafas di muka bumi. 

Walau hidup ini adakalanya mengecewakan, ditimpa dan dihimpit dengan bermacam-macam ujian namun ingatlah bahawa segala ujian adalah datangnya daripada Allah. Segala kekecewaan, kesedihan yang kita rasakan adalah buktinya Allah masih sayang kepada kita.Allah timpakan kita ujian, membuat kita rasa sedih agar kita kembali dekat kepadaNya semula kerana mungkin sebelum ini di saat kita senang, kita jauh daripadaNya, kita melupakanNya. Oleh itu, jangan pernah merasa putus asa dan kecewa dengan setiap ujian yang mendatang kerana jika kita berputus asa itu tandanya kita tidak yakin dengan Allah.

Kita manusia, hanya mampu merancang namun sebaik-baik Perancang adalah Allah, Dialah yang berkuasa untuk Mengatur semuanya..Pertemuan dan perpisahan semuanya adalah di tangan Allah..Kita tidak punya kuasa untuk mengaturnya. Dalam hidup ini, kita mungkin telah bertemu dengan seseorang yang kita yakin akan bersama-sama hingga ke akhirnya namun sebaliknya terjadi, orang tersebut bukanlah seseorang yang telah ditakdirkan untuk bersama dengan kita. Di saat ini terjadi, apakah yang kita rasakan?...Sudah pasti, ada yang kecewa, sedih dan tidak kurang juga yang menyalahkan takdir.  Namun siapa kita untuk menolak semua ketentuan itu. Benar, kita tidak akan terlepas dari merasa kecewa dan sedih namun renung kembali bahawa setiap apa jua ujian atau musibah yang menimpa pasti akan ada hikmahnya.
Dalam hidup ini adakalanya kita dibentangkan dengan beberapa pilihan yang memerlukan kita untuk memilih. Namun, seringkali kita didatangi dengan persoalan seperti ini...

Adakah aku yakin dengan pilihan ini??

Banyak perkara dalam hidup yang memerlukan kita untuk membuat pilihan dan bukan semudah itu untuk kita memilihnya, kerana kadang-kadang pilihan yang kita buat mungkin bukan pilihan yang tepat. Kita diberikan pilihan dalam hidup ini, pilihan untuk membuat keputusan, pilihan untuk memilih, pilihan untuk bersuara dan sebagainya.

Setiap waktu kita dihadapkan dengan pilihan, tidak kiralah samada ianya pilihan yang mudah ataupun pilihan yang susah. Walau sesukar mana sekalipun, kita tetap juga harus memilih, namun adakah benar pilihan yang kita buat itu adalah yang terbaik, seperti apa yang kita mahukan??..Jika kita ingin mengetahui samada pilihan yang kita buat itu benar-benar tepat, carilah jawapan tersebut dalam ISTIKHARAH, samada cepat mahupun lambat, kita pasti akan mendapat jawapannya..


Menyatukan 2 cinta yang tidak mungkin bersama. Mungkinkah ?
                                


Cinta merupakan perkara terindah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya..mencintai dan dicintai merupakan lumrah dalam kehidupan manusia tapi sebesar mana pun cinta kita pada seseorang namun jika telah ditentukan bahawa kita tidak akan bersama dengannya walau sekuat manapun kita cuba untuk mempertahankannya, namun tiada apa yang dapat menghalang ketentuanNya..Dia yang lebih Mengetahui apa yang lebih baik untuk hamba-hambaNya...







p/s : ada perkara di dunia ini yang tak semestinya akan kita miliki seperti cinta 2 insan tidak semestinya akan bersama..kita mengharapkan yang sebaliknya, namun lain pula yang telah ditentukan, redha dan terima ketentuan tersebut adalah bukti kita yakin dan percaya dengan Qada' dan QadarNya....wa'allahualam..










You Might Also Like

0 Komen