Wahai Hati, Jangan Kau Bersedih.



Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat,Kita menangis dan tertanya-tanya,Ke mana hilangnya sinar,Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Pernah suatu ketika dalam hidup ini, kita merasa amat sedih sekali. Setiap orang pasti akan mengalami hal seperti ini. Pelbagai perkara yang pasti boleh membuatkan seseorang itu bersedih, mungkin hanya kerana perkara yang kecil sahaja sudah cukup untuk membuat seseorang itu merasa sedih. Sebagai contoh , kanak-kanak yang kehilangan gula-gula, sudah tentu akan menangis dan merasa sedih. Kehilangan sesuatu yang sangat bermakna walau kelihatan kecil pasti akan memberi kesan dan membuat diri seseorang itu bersedih.

Begitulah juga dalam kehidupan ini. Ada masanya gembira, dan ada masanya juga sedih. Tidak lengkap kiranya jika hidup ini hanya diwarnai dengan kegembiraan sahaja, pasti akan terselit juga kesedihan yang kita sendiri tidak tahu bagaimana dan mengapa ia terjadi. 

Namun, yakinlah bahawa Allah tidak pernah menimpakan sesuatu kepada kita tanpa sia-sia. Pasti di sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Berfikirlah dengan sebaiknya atas kesedihan yang kita alami, sesungguhnya Allah pasti akan meninggikan martabat seseorang kerana bersangka baik dengan apa yang sedang dilaluinya serta menjadi seorang insan yang tabah dan redha dalam menangani apa yang dilalui.

“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Tarmidhi) 

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
*Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK.. 
                              

Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar. 





You Might Also Like

0 Komen