Tangisan Penawar Duka.






Tangisan bukan bererti lemah, bukan juga bermaksud menyerah dan berputus asa. Tetapi hanyalah sebagai petanda betapa kuatnya seseorang itu menjalani setiap musibah yang mendatang dalam hidup. 

Setiap tangisan membawa pelbagai maksud dalam kehidupan. Tangisan sering saja dikaitkan dengan kesedihan, kekecewaan, dan segala bentuk penderitaan namun ternyata tangisan itu juga membawa maksud kekuatan dan juga ketabahan. 

Tidak salahnya jika seseorang itu ingin menangis kerana bukan semua perkara mampu kita nyatakan dengan kata-kata. Setiap apa sahaja yang Allah swt ciptakan di muka bumi ini pasti ada hikmahnya, dan sudah tentulah air mata yang Allah swt ciptakan itu punya hikmahnya yang tersendiri.

Ketika seseorang itu menangis bukanlah kerana dia ingin mengharapkan belas kasihan, bukan juga untuk dia terlihat lemah melainkan untuk dia mencari semula kekuatan agar lebih tabah mengharungi kehidupan. 

"Setiap ciptaan itu indah begitu juga dengan air mata".






You Might Also Like

2 Komen