Ayuh buka lembaran yang baru! :)




‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Assalam dan selamat petang~  

Akhirnya ada kesempatan juga untuk buka blog dan pastinya entri pertama untuk tahun ni!. Ok, serius sangat rindu dengan blog ni yang dah berbulan-bulan ditinggalkan sepi. Dan sangat rindu untuk menulis! Bukan sengaja ditinggalkan tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugas sebagai pelajar. Ya...semester lalu memang tersangatlah sibuk dengan macam-macam kerja, biasalah pelajar, tak boleh lari dari assignment, kuiz, midterm exam, final exam, bla bla bla dan semua tu perlukan fokus yang lebih. Tapi masalah fokus ke tidak.. rasa nak pengsan adalah sebab semester lalu memang sangat sibuk dengan assignment. Belum siap satu, pensyarah dah bagi assignment yang lain..mana tak pengsan! Tapi tak apa, yang penting semua tu dah berlalu dan buat masa ni saya bebas dari segala bentuk assignment sebab tengah cuti..hihi..

Dulu tiap kali online tahan hati dan tangan ja sebab nak sangat buka blog dan menulis tapi ada 'banyak' sangat kerja lebih penting untuk saya siapkan,  jadi sebab tulah tak pernah update blog sampai lah ke tahun ni. Macam gitu la cerita dia..panjang lebar intro nak bagitau kenapa saya tak update blog..macamlah orang nak ambil tahu kan..hihi...:D

Dah macam-macam perkara yang berlaku tahun lalu, kalau nak cerita semua memang tak habis kot, mungkin boleh siap satu novel dah. Pahit manis semua dah rasa. Kadang-kadang rasa nak putus asa dengan hidup, nak nangis, nak menjerit sekuat hati tapi mujurlah diri ni masih waras sebab semua tu tak berlaku..hihi..Tapi apapun semua tu dah berlalu, dan sekarang pun dah tahun yang baru, tahun 2014, rasa makin tua pula diri ni..hii..Alhamdulillah, Allah masih berikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni dan masa yang diberikan itu kita gunalah sebaik mungkin sebab tak tahu sampai bila masa yang kita ada. Jadi untuk tahun ni, perbaiki niat kita untuk jadi insan yang lebih baik, perbaiki iman kita, mungkin sebelum ni amal ibadah kita kurang, in sha Allah tahun ni kita perbanyakkan lagi, ok. Ingatan untuk diri sendiri juga..ye la, kadang-kadang terlalu sibuk dengan urusan dunia, terlalu sibuk dengan tanggungjawab lain sampai terabai  yang paling penting, iaitu tanggungjawab sebagai seorang muslim dan hamba di dunia ni.

Harap-harap tahun ni dapat buka lembaran yang baru. Jadi lebih kuat dan tabah, dan tak mudah putus asa. Semoga tahun ni adalah tahun yang baik untuk semua. Tak mau sedih-sedih ya..:)

Note to self:

 Be a better Muslimah.
 Always think positive!
 Reading Quran.
 Dua' for parents and family.
 Love yourself!
 Stop complaining!
 Think more, sleep less, eat less, talk less.
 Smile :)

In sha Allah..amin..


p/s:  blog dah berwajah baru, tapi tema maintain pink..hihi...penat edit dari semalam, biasalah otak tak berapa nak kreatif sangat dan hasilnya bolehlah..tak sehebat mana tapi sedap mata memandang juga kan..hihi..:D Terima kasih sudi baca! Salam Jumaat.

You Might Also Like

2 Komen