Sabar.





"Allah heard you today. Just be patient"

Pilih untuk sabar.
Pilih untuk tidak mengeluh. 
Pilih untuk terus berjuang.
 

Kita punya banyak pilihan dalam hidup ini. Hanya terpulang dengan diri kita samada mahu memilih sesuatu yang baik ataupun sebaliknya. 
Dalam hidup benar bukan semuanya indah. 
Ada masa kita susah, letih dan berputus asa.

Allah menguji kita.

Kerana apa? Kerana Allah sayang kita. 
Manusia sahaja yang mudah bersangka-sangka. Ujian Allah disangka hukuman.
Sedangkan Dia mahu hambaNya percaya bahawa takdirNya itu semuanya baik-baik.




Sabar itu mungkin mudah dilafazkan dengan kata-kata namun seikhlas mana kita 
menerima semua ketentuanNya. Benar, bukan mudah untuk sabar di saat ujian 
datang menimpa-nimpa tetapi Allah tahu kemampuan hambaNya.

"Allah does not burden a soul beyond that it can bear"
(Quran 2:286)

Oleh itu, yakin dan percaya pada Allah. Sebesar apa pun ujian yang kita hadapi dalam hidup ini pasti semuanya tidak sia-sia. Ada hikmah dan pengajaran yang ingin Allah sampaikan kepada kita. 


.....................semoga dalam apa jua keadaan sekalipun, kita terus sabar dan percaya pada Allah. Yakin dengan pertolonganNya dan tidak berputus asa.


Terima Kasih Allah.


p/s: Teruskan berdoa.  Moga Allah kurniakan rahmat untuk bumi Malaysia agar terus aman dan doa untuk Sabah agar dijauhi dari segala musibah. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Amin...


You Might Also Like

0 Komen